Pemilik & Pengasas
Dato' Seri Jamil Aris Hamidun
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke dunia urutan terapi, sendi, otot dan healing mind terapi di Cahaya Gemilang (MMT) Sdn Bhd.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah melawati laman sesawang ini. Saya telah mengasaskan urutan terapi urat saraf, sendi, otot dan healing mind terapi ini bagi tujuan membantu masyarakat secara am nya untuk mendapatkan rawatan yang lebih hebat dan professional. Ianya bukan sekadar secara zahiriah tetapi juga secara batiniah yang berteraskan rawatan berteraskan islam dan saintifik. Oleh kerana itu urutan dan rawatan ini telah mendapat permintaan yang begitu tinggi dan menggalakkan di malaysia dan indonesia. Cahaya gemilang (mmt) sdn bhd telah membuat keputusan untuk melahirkan tenaga pakar urutan saraf, sendi, otot dan urutan terapi minda dengan mengadakan latihan secara intensif. Diketuai oleh pengarah latihan yang memiliki pengalaman melebihi 35 tahun bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian yang ditetapkan pengarah latihan. Pihak syarikat telah meletakan key perfromance standard indicator (kpi) bagi setiap latihan yang dijalankan untuk memastikan kualiti kemahiran.
Teknik urutan yang dikelolakan adalah merupakan perubatan tradisional dan komplementari tempatan bertreaskan pengubatan islam. Konsep urutan dan terapi minda ini telah diasaskan pada tahun 2008. Sejak itu ia telah dikormesialkan dengan meluas melalui media cetak tempatan. Apabila ia telah menghasilkan bahan bukti melalui testimoni yang begitu banyak. Cahaya gemilang cgm sdn bhd telah menghasilkan konsepnya sendiri dimana rawatan yang dijalankan adalah berlainan sama sekali yang terdapat di pasaran. Rawatan dan urutan yang diberikan ini bukan seperti urutan biasa ia tidak menyakitkan dan tidak menakutkan pesakit malah perawat juga dapat merawat dengan berkesan tanpa tekanan.
Tenaga pengajar di cahaya gemilang (mmt) sdn bhd memiliki pengalaman melebihi 35 tahun, sijil kemahiran malaysia tahap 3, sijil pegawai penilai, pegawai penilai dalaman dan pegawai pusat bertauliah yang berkelayakan untuk meberikan latihan yang terbaik kepada peserta. Sehingga kini telah melahirkan lebih 200 pakar urut saraf dan minda ketahap master diseluruh malaysia dan indonesia. Oleh kerana teknik pembelajaranya mudah dan disusun secara komprehensif, ianya terus boleh dipraktikan. Kursus ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai golongan termasuk doktor perubatan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan, pengamal perubatan tradisional, guru-guru, pensyarah, usahawan dan juga suri rumah serta ramai lagi. Dengan konsep ini juga pihak syarikat telah berjaya melahirkan pakar urut urat saraf dan minda yang berketrampilan dan berjaya mencipta pendapatan lumayan melebihi 5 angka sebulan kerana mempunyai kemahiran yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik. Selain itu cahaya gemilang mmt sdn bhd juga telah membantu pakar-pakar urut mendapatkan pelanggan yang lebih ramai dengan mengiklankan nama- nama mereka dimedia- media cetak, elektronik dan persatuan- persatuan yang berkaitan. Dengan ini saya mengesyorkan anda semua yang membaca laman sesawang ini, untuk menjelajah dan menerokai bidang ini dimana banyak terdapat rahsia- rahsia yang sangat menarik yang sebelum ini tidak didedahkan.
Sekian terima kasih.
‘Together We Raise Our Standard & Skill’
Dato’ Seri Jamil Aris Hamidun
Chief Master MMT
Pengerusi Pertubuhan Pengamal (MMT) Malaysia
30 tahun pengalaman
Melatih 800,000 peserta seluruh Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei